Untuk bulan October 2023, saya ada kongsikan dan post sebanyak enam (6) video teknik trade belajar trading saham di Youtube Channel saya. Jemput la tonton. Banyak perkongsian ilmu trading didalam video - video tersebut. Semoga bermanfaat dan sedikit sebanyak membelikan tips dan idea kepada rakan - rakan trader yang menontonnya. Jemput like video, subscibe Youtube Channel untuk update video - video terbaru serta jemput kongsikan video kepada rakan - rakan yang lain.
Video 1 : Cara Mudah Menggaris Aras Sokongan dan Rintangan (SnR)
Didalam video ini diterangkan tentang cara mudah untuk menggaris aras sokongan dan rintangan (SnR). Pelajari tentang aras sokongan, aras rintangan, historical SnR, support become resistance ( SBR) dan resistance become support (RBS) beserta contoh chart. Banyak yang boleh dipelajari. Semoga bermanfaat.
KLIK SINI untuk tonton video.
Video 2 : Pantang - Pantang Dalam Trade Saham
Trade saham ni tak mudah seperti yang diiklankan. Banyak pantang - pantangnya. Jadi, didalam video ini saya kongsikan tentang Pantang - Pantang dalam Trade Saham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk tonton video.
Video 3 : Cara Mudah Membuat Analisis Chart dan Trading Strategy
Didalam video ini dikongsikan tentang langkah - langkah didalam membuat kajian analisis teknikal chart. Jika dapat ikuti langkah - langkah yang dikongsikan didalam video ini, pasti lebih tersusun kajian analisis chart yang dilakukan. Didalam video ini juga diterangkan tentang bagaimana untuk membuat trading strategy. Untuk beli apa - apa kaunter, perlu ada strategy dan exit plan. Baru boleh minimumkan kerugian dan maksimumkan keuntungan. Banyak yang boleh dipelajari. KLIK SINI untuk tonton video.
Video 4 : Setup Entry Terbaik Low Risk High Reward Dengan Potensi Profit Lumayan
Untuk berjaya didalam dunia trading perlu ada trading system yang selalu buat backtest dan mempunyai success rate yang tinggi. Salah satu daripada trading system adalah dengan mengenalpasti setup gerakan yang dilakukan oleh sesuatu kaunter. Didalam video ini saya kongsikan tentan Setup gerakan chart yang mudah dikeasan, entry terbaik "low risk, high reward" dan mampu menjana profit yang lumayan. Wajib tonton dan semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk tonton video.
Video 5 : Bagaimana Menggaris Trendline , Teknik Trade Trendline dan The Power of Trendline
Pelajari tentang bagaimana untuk menggaris trendline pada chart. Terdapat tiga (3) jenis trendline iaitu uptrendline, downtrendline dan sidewayline. Pelajari juga tentang teknik trade dengan trendline. Bagaimana trendline menjadi aras sokongan dan rintangan serta teknik entry dan exit berdasarkan trendline gerakan semasa chart. KLIK SINI untuk tonton.
Video 6 : Indicator Trend Dalam Analisis Teknikal Chart
Didalam membuat analisis kajian teknikal chart, salah satu indicator yang perlu kita gunakan adalah indicator trend. Dengan menggunakan indicator trend ini sedikit sebanyak dapat membantuk kita untuk menambah keyakinan dalam analisis dan membantu untuk membuat keputusan belian dan jualan. Didalam video ini diterangkan tentang teknik penggunaan empat (4) indicator trend yang popular dan digunakan secara meluas. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk tonton video.
Semoga video - video diatas ini memberikan manfaat kepada semia rakan trader yang menontonnya. Jemput like video, komen, subscribe Youtube Channel dan share video kepada rakan - rakan yang lain . Terima kasih.
Ulasan
Catat Ulasan