Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. Jemp

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Video Belajar Trading Teknik Trade di Youtube Channel (September 2023)

Untuk bulan entry ini saya kongsikan senarai video belajar trading teknik trade di Youtube Channel saya untuk video posting sepanjang bulan September 2023. Untuk bulan September dan October 2023 ini ada banyak posting video di Youtube. Semoga ramai yang sudi tonton dan mendapat sedikit sebanyak manfaat daripada perkongsian didalam video - video tersebut. Berikut adalah video - video terbaru pada bulan September 2023 : 

Video 1 : Hebatnya Indicator Moving Average

Didalam video ini dikongsikan tentang teknik trade penggunaan Indicator Moving Average sebagai aras sokongan, aras rintangan, aras pantulan, aras sambutan dan trailing stop. Penerangan berserta contoh chart. KLIK SINI untuk tonton video. 

Video 2 : Belajar Trade Saham One To One (Personal Coaching)

Didalam video ini dikongsikan tentang pakej pembelajaran trade saham secara one to on (Personal Coaching). Jika berminat untuk sertai sesi personal coaching ini, boleh KLIK SINI untuk maklumat lanjut dan perdaftaran. Untuk tonton video penerangan tentang sesi personal coaching yang dianjurkan, boleh KLIK SINI

Video 3 : Kenali Keluarga Candlestick Hammer

Candlestick hammer terbahagi kepada empat jenis candlestick pattern. Bentuk yang sama tapi maksud yang berlainan. Untuk bullish candlestick, pattern hammer itu sendiri dan inverted hammer iaitu hammer terbalik di zon aras sokongan. Untuk bearish candlestick, hammer yang terbentuk di zon aras rintangan dikenali sebagai Hanging Man dan hammer terbalik di zon aras rintangan dikenali sebagai Shooting Star. KLIK SINI untuk tonton video tentang empat jenis keluarga hammer ini berserta contoh analisis chart.
 
Video 4 : Kajian Analisis Teknik Chart Kaunter IPO Cloudpt (0277)

Didalam video ini dikongsikan video pada hari pertama kaunter IPO Cloudpt ini didagangkan di Bursa Malaysia. Boleh la tonton lajunya volume berjual beli berkelip - kelip dan pembentukkan chart untuk kaunter Cloudpt buat pertama kalinya. Dikongsikan juga analisis susulan gerakan chart selepas 2 bulan kaunter Cloudpt didagangkan. KLIK SINI untuk tonton video. 

Video 5 : Selalu Dimasukkan Dalam Group Telegram Scammer, Modus Operandi Scammer dan Apakah Tindakan Lanjut?

 

Jika ada akaun telegram, mesti selalu jugak tiba - tiba je kena add masuk dalam group pelaburan haram. Dalam group bersepah orang share duit berkepok. So, apa perlu dilakukan dan apakah tindakan lanjut yang boleh dilakukan. Boleh KLIK SINI untuk tonton video. 

Video 6 : Analisis Teknikal Gerakan Chart Kaunter Saham Ewein, SMRT dan EG

Didalam video ini, sy kongsikan Analisis Teknikal Gerakan Chart Kaunter Saham Ewein, SMRT dan EG untuk analisis kajian chart ketiga - tiga kaunter ini semasa di awal pergerakan menaik berlaku. Jadi, dapat pelajari apakah faktor penyebab ketiga - tiga kaunter ini membuat bullish rally yang kuat. Apakah setup yang terbentuk, chart pattern dan sebagainya. KLIK SINI untuk tonton video. Semoga bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat idea trade untuk kaunter di permulaan bullish rally. 

Video 7 : Bagaimana Untuk Mula Trade Saham?

 

Video ini menjawab persoalan kepada mereka yang baru nak bermula trade saham. Bagaimana hendak mula trade saham, apa yang perlu diketahui dan dipelajari serta apa yang perlu disediakan untuk trade saham. Kongsikan kepada rakan - rakan yang berminat untuk mula trade saham ya. KLIK SINI untuk tonton video. 

Video 8 : Apa Itu Investment Scam

Video ini merupakan perkongsian tentang investment scam yang sedang berleluasa sekarang ini. Ramai yang sudah terkena dan kehilangan wang ringgit dengan nilai yang sangat banyak. Jadi kenali tentang investment scam, modus operandi, bagaimana nak kesan scammer ini, apa yang perlu dilakukan jika terkena tipu dengan investing scam ini. Semoga ramai dapat menghindarkan diri daripada terjebak dan ditipu oleh scammer pelaburan palsu ini. KLIK SINI untuk tonton video. 

Video 9 : Scan Kaunter dan Teknik Trade dengan Moving Average


Didalam video ini dikongsikan tentang Teknik Scan Kaunter dengan Tradingview dan Teknik Trade Dengan Moving Average. Dikongsikan juga kajian kes beberapa kaunter untuk teknik trade dengan moving average yang menghasilkan keuntungan yang lumayan. Wajib tonton video ini. Banyak yang boleh dipelajari. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk tonton video.

Semoga perkongsian video - video diatas ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada rakan - rakan trader yang menontonnya. Jemput like video, subscribe Youtube Channel dan share video kepada rakan - rakan yang lain ya.


 


Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Penerangan dan Kajian Market Depth

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Ringgit Semakin Mengukuh Berbanding USD. Apakah Sektor - Sektor Yang Mendapat Kesan Positif?

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Penerangan dan Kajian Market Depth

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia