Biasa kita dengar, market tengah down, market tengah bearish seeloknya melabur didalam "Defensive Stock". Tapi apakah itu "Defensive Stock"? Secara ringkasannya bermaksud "saham yang memberikan kestabilan kepada portfolio pelaburan anda tidak kira sama ada ekonomi naik atau turun". Defensive stock juga adalah kaunter saham yang konsisten memberikan dividen dan rekod pendapatan (earning) yang stabil tanpa dipengaruhi oleh keadaan turun naik pasaran saham secara keseluruhannya. Terdapat permintaan berterusan untuk produk yang dihasilkan, jadi defensive stock cenderung menjadi lebih stabil semasa pelbagai fasa kitaran perniagaan. Ia juga dikenali sebagai "noncyclical stocks" kerana tidak berkaitan rapat atau tidak dipengaruhi oleh kitaran perniagaan.
Defensive stock biasanya adalah dalam bidang atau sektor dibawah ini:
UTILITIES
Syarikat pengeluar perkhidmatan tenaga, elektrik, air, gas dan pengurusan sisa adalah sektor menawarkan perkhidmatan yang sentiasa diperlukan dan akan terus beroperasi tanpa mengira keadaan ekonomi samada stabil atau berlakunya kemelesetan ekonomi (recession).
CONSUMER STAPLES
Apa itu "consumer staples"? Jika kita translate akan memberi maksud "ruji pengguna". Ya, barangan keperluan yang kita guna seharian. Apabila berlakunya masalah kewangan atau kemelesetan ekonomi, kita akan mengurangkan belanjawan kita dan membuat penjimatan dalam perbelanjaan. Cuma, barangan ruji seperti barangan isi rumah, peralatan mandian dan penjagaan kebersihan peribadi, produk tembakau dan makanan serta minumum berkemungkinan besar tidak akan dipotong / dihapuskan terus. Setidaknya akan dikurangkan penggunaan tapi masih perlu digunakan. Jadi demand tetap ada. Faktor ini yang menjadi penyebab kepada earning syarikat pengeluar produk "consumer staples" stabil (positive earning - walau ada turun naiknya tapi masih mampu memberikan dividen setiap tahun). Cuma bila ekonomi tak stabil dan berlaku kemerosotan, kena bijak memilih syarikat (kaunter saham) yang manakah yang mengutamakan barangan keperluan mampu milik. Sebab apa? sebab bila sedang berjimat, nak beli barang pun semua nak yang murah-murah & mampu milik. Asalkan boleh guna je.
Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
HEALTHCARE
Tak kira bagaimana keadaan ekonomi, pasti ada orang yang akan sakit dan memerlukan ubat-ubatan serta jagaan perubatan. Jadi, demand tetap ada. Akan tetapi, peningkatan persaingan antara pengeluaran ubat-ubatan baru dan juga peraturan persekitaran yang tidak menentu menjadikan healthcare stocks tidak lagi diantara stock yang defensive. Jika kita lihat pada chart healthcare sektorial di Bursa Malaysia pun boleh nampak ketidakbolehharapsangatkan stock healthcare ni. Junam tiruk dekat 2 tahun dah. Cuma, secara teorinya antara defensive stock adalah healthcare stock. Mungkin kalau ada pun, harga sahamnya mahal dan gerakannya perlahan. Sebagai contoh kaunter defensive healthcare aboleh lihat fundamental dan technical chart utk kaunter IHH. Macam satu ni je yg memenuhi syarat. Boleh faham apa itu defensive stock. Cuma tula kayangan pulak harganya 😅
IKLAN. Dapatkan video - video pembelajaran teknik trade yang lengkap dari basic sehingga advanced. Pasti berbaloi untuk dipelajari. Boleh ulang - ulang tonton sehingga betul - betul faham.
TELECOMUNICATION
Telekomunikasi seperti talian telefon dan internet memang sentiasa diperlukan untuk manusia berhubung. Jadi walauapajua keadaan ekonomi, demand sentiasa ada dan tetap akan berikan positive earning kepada syarikat penyedia rangkaian dan perkhidmatan telekomunikasi.
REITs : Real Estate Investment Trusts
Ini daripada salah satu bacaan sy di internet. Reits juga dianggap sebagai defensive stock sebab manusia perlu tempat tinggal, perniagaan perlukan premis. Gitulah hubungkaaitnya.
Semoga bermanfaat. Cuma defensive stock ni kalau lihat pada chart kaunter-kaunter yang mempunyai ciri yang sepadan gerakannya perlahan cuma yang penting makin menaik. Dividen pun dapat tiap QR or tiap tahun. Jadi, jika berminat nak buat pelaburan jangka panjang, boleh la cuba kaji kaunter-kaunter yang memenuhi ciri-ciri defensive stock ya. Keywoord dividen + earning.
Minat nak mantapkan ilmu teknik trade? Jemput join kelas di bawah ini. Klik pada image untuk maklumat lanjut.
Ulasan
Catat Ulasan