Sekarang ni sy lihat ramai yang berminat untuk menjadi seorang Marketing Representative (MR) broker saham. Ya, pastinya niat dan matlamat utama adalah untuk menambah pendapatan sampingan. Tapi, bagaimana MR ini berfungsi dan adakah menguntungkan? Ok, untuk mendaftar sebagai Marketing Representative (MR) pertama sekali perlu mendaftarkan diri dengan Familiarisation Programme for Marketing Representative (FPMR) dibawah selian Securities Industry Development Corporation (SIDC). Yuran pendaftaran untuk sekarang ni adalah RM1100. Mungkin sebab dah makin ramai yg join kot. Dulu masa sy join yuran RM1500. Program tu ambil masa 2 hari. Dengar lecturer/speaker bentang slide. Slide powerpoint tu nanti SIDC akan send ke email dan juga boleh access di website SIDC sebab lepas register akan terima username dan password. Hari kedua kena attend exam. Kalau tak silap masa sy ambik dulu 30 soalan objektif. Kena lulus 80% baru akan terima sijil dari SIDC. Lepas sebulan kalau tak silap (skrg tak sure), nanti akan dpt result dan sijil. Lepas dah ada sijil baru boleh daftar dengan broker pilihan untuk jadi MR. Untuk baca lebih lanjut tentang FPMR dan pendaftaran boleh KLIK SINI. Terus akan ke page SIDC bahagian MR.
Ok itu proses. So, kena join kelas, dengar ceramah dan pembentangan slide, jawab exam. Dah lulus baru boleh mula. Maka, cabaran sebenar akan bermula. Pertamanya, kena pilih broker CDS. Ada banyak broker CDS, ada UOB, HLE, RHB, Mplus, TA Securities dan sebagainya. Biasanya broker mengenakan syarat hanya boleh daftar dengan satu broker dalam satu masa. Seeloknya kena attach dengan remiser yang kita kenal dan kalau popular lebih bagus. Sebab, kita hanya MR bukan remiser. Klien buka akaun dengan kita, ahirnya nanti nama kita tak muncul, dalam email yang mengatakan akaun CDS dah siap, akan muncul nama remiser je. Ya, pertamanya klien akan bertanya kenapa nama remiser lain jika kita tak terangkan semasa isi borang pendaftaran yang kita ni hanyalah seorang MR, bukan Remiser. Kalau nak jadi remiser, kena ambik exam lain. Jadi, pilihlah remiser yang hebat, ada group telegram support yang aktif, ada ramai follower, lagi bagus ada trading system sendiri, teknik trade dan screener yang bagus. Lebih mudah nak promote kepada klien untuk buka akaun. Kalau lulus je exam MR, terus register dengan broker, nanti akan terima random punya remiser. So, kalau dpt remiser tido, memang tak kemana la jawabnya.
Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
Seterusnya, Broker akan offer skim komisyen kepada MR. Lain broker lain skim. Macam sy register dgn UOB, ok jugak la komisyen. Contoh komisyen disini adalah, katakan komisyen yang diberikan sebanyak 20%, brokerage free min RM10, so untuk setiap transaction klien kita beli dan jual saham kita akan terima minimum RM2. Lebih besar lot dia beli dan jual, lebih tinggi brokerage free maka lebih tinggi komisyen kita dpt. Begitu juga dengan lebih kerap klien berjual beli saham, lebih banyak komisyen yang akan kita terima. Jadi, secara kesimpulannya, klien yang memainkan peranan. Jadi, untuk berjaya sebagai MR dan menjana pendapatan yang lebih banyak, kita kena ada banyak klien yang buka CDS dengan kita. Satu lagi, klien tu kalau boleh yang ada banyak modal nak bersaham 😅 Kalau modal RM1000 je dan sebulan beli 1 or 2 kali je, memang komisyen RM4 - RM8 je la utk seorang dan sebulan. Jadi, boleh nampak kan? bukan senang nak senang. Kena bekerja keras dan kena terima kenyataan, kerja keras kita adalah keuntungan kepada remiser sebab apa? sebab komisyen kongsi dengan remiser dan bahagian remiser lebih besar. Sad but true. Program ni lebih kurang macam MLM jugak la. Hahaha. Remiser duduk diam, kita susah payah cari klien, sudahnya dia yang makan lebih. Tapi, itulah kenyataan yang perlu kita hadapi. Kalau dapat remiser yang bagus, dia akan reward kita. Bagi hadiah, belanja makan & etc. Sebab tu, paling penting kena pilih remiser yang betul. Baru akan lebih mudah dan bersemangat.
Ok, seterusnya untuk maintainkan status MR, kena sertai 5 kursus wajib dalam setahun. Ada dia punya CPD. Biasanya broker atau remiser akan provide 2 kursus free (kemungkinan mereka yang tanggung kos) , lagi 3 kena cari sendiri bayar sendiri. Tips, cuba search Bumiputera Training Fund(BTF), untuk bumiputera la. BTF ni provide 2 kursus free dlm setahun. Jadi, kita hanya kena cari 1 kursus je lagi yg berbayar. Kalau tak penuhi 5 kursus wajib ni, pendaftaran sebagai MR akan terbatal. Maka segala klien dan komisyen akan pergi kepada remiser. Cuma kalau remiser yang baik, dia akan create sy ID untuk kita dan masih bayarkan komisyen pada kita drpd komisyen dia. Sebab tu apa-apa hal pun, nak jadi MR kena cari Remiser yang bagus. Umpama kisah super hero, Remiser adalah hero, kita hanyalah sidekick.. umpama Batman dengan Robin, kita adalah Robin, umpama Kluang Man dengan Tiong Man, kita adalah Tiong Man. Gitulah perumpaannya.
IKLAN. Dapatkan video - video pembelajaran teknik trade yang lengkap dari basic sehingga advanced. Pasti berbaloi untuk dipelajari. Boleh ulang - ulang tonton sehingga betul - betul faham.
Market sihat, bullish hijau merimbun, maka ramai yang trade saham. Jadi komisyen MR berkadar terus dengan jumlah klien, jumlah trade dan jumlah brokerage fee. Jadi, Makin ramai yang trade, makin tinggilah komisyen. Tapi bila market sakit, bearish merah menyala. Memang ciput jela tinggal komisyennya. Alhamdulillah komisyen sy kekal 4 angka setiap bulan. Cuma kalau market sangat sihat, boleh la nampak angka 4 dan 5 depan pada jumlah komisyen. 😀 klien sy kaya-kaya dan hebat bersaham secara kesimpulannya 😊
Satu lagi untuk menarik minat klien mendaftar dengan kita, kita kena ada telegram channel perkongsian ilmu saham, teknik trade, list result screener dan sebagainya. Jadi, sesiapa yang buka akan CDS dengan kita, berpeluang join 2 channel telegram private utk klien CDS iaitu satu yang remiser punya dan satu lagi kita punya. So, at least ada la adding value disitu. Sy sendiri ada banyak akaun cds, ada akaun cds sy tu remisernya hanya send news diawal pagi lepas tu senyap then muncul semula awal pagi esoknya. Ada satu CDS remisernya koma terus. Langsung tak muncul. Whatsapp takde, telegram channel apetah lagi. Kalau jadi MR dua jenis remiser ni, memang hari-hari menatap sijil dari SIDC je la. Hahaha.. xde klien nak buka CDS.
Ok last. Kena terima hakikat dan risiko, klien buka CDS untuk join channel telegram semata. Yang buka akaun CDS UOB dengan sy pun ramai gitu. Tak baik tau buat gitu. Tak berkat. Join group telegram untuk join perbincangan kaunter dan pembelajaran saham je. Tapi, jual beli saham guna CDS lain. Tu yang slalu loss tu. Hahaha. Takde kaf ba ra kaf alif ta alif nun. So, jangan ingat klien ramai, komisyen pun akan tambah banyak. Kena ambik kira yang jenis gini jugak. Jenis yang bukak akaun CDS tapi tak trade guna CDS tu. Buka sebab lain. Ok la panjang dah. So, gitulah serba sedikit pengalaman dan perkongsian tentang Marketing Representative (MR). Jangan terlalu bernafsu ingat mudah boleh buat income sebagai MR. Klien kena lebih 100 orang baru boleh nampak hasilnya yang lebih meyakinkan. Kalau tak makin lama makin lemah semangat. Terus hilang minat nak jadi MR dah. Maka rugilah yuran RM1100 utk ambik exam, rugi masa, rugi tenana. Sebelum memulakan apa-apa perkara, kena tahun selok beloknya dan halatujunya. Banyakkan baca testimoni dan pengalaman hidup mereka yang dah lama menjadi MR. Boleh juga PM tepi mintak pendapat mereka yang dah jadi MR. Nanti baru boleh buat keputusan yang sebetulnya. Tanya pada diri, adakah kita seorang yang rajin nak promote produk? Macam sy tak rajin sangat. Hahaha..sebab tu sy punya klien yang buka CDS tak ramai. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang diberikan hidayah untuk menghubungi sy utk buka CDS. Sebab sy tak rajin dan selalu promote. Biasanya klien dtg dari kenalan klien yang sediada. Lebih mudah berkembang hasil dari testimoni dan reference dari klien sediada. Terima kasih kepad klien-klien sy yang banyak membantu memperbanyakkan lagi bilangan klien sy. Kita jaga kita. Nanti sy kongsikan teori, analisis, kajian dan perbincangan lebih banyak kaunter yang bullish 😅 Sesiapa nak bukak akaun CDS UOB, boleh buka dengan sy ya. Pasti berbaloi 😁 KLIK SINI untuk penerangan lanjut.
Ulasan
Catat Ulasan