Bollinger band adalah indicator dari kumpulan band indicator. Dengan menggunakan Indicator Bollinger Band (BB) kita dapat mengelakkan daripada tersangkut di puncak dan berpeluang untuk entry di dasar ataupun dekat dengan aras sokongan. Untuk BB kita dpt lihat 3 garisan iaitu lower BB, middle BB dan juga upper BB. Biasanya, lower BB adalah harga dasar, middle BB penentu kekuatan kaunter dimana jika harga melepasi middle BB harga akan mempunyai kekuatan bullish untuk terus naik menguji aras upper BB. Jika harga turun dari atas, middle BB juga boleh dijadikan sebagai aras sokongan dan sambutan yang kuat. Upper BB pulak adalah aras puncak harga. Jadi, jika harga sudah berada berhampiran dengan upper BB, kena berhati-hati sebab kemungkinan untuk jatuh itu agak tinggi. Jadi, dengan menggunakan indicator Bollinger Band, mudah bagi kita untuk melihat kedudukan candle / harga dan juga melihat potensi arah tuju kaunter.
Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
|
Terms dalam indicator Bollinger Band dan kedudukan aras-aras harga. Boleh nampak asal sampai peak je then keluar bearish reversal candle, harga akan mula turun dan aras sambutan adalah di middle BB dan lower BB. Bila cross up middle BB, kuat dia kayuh naik. Bila bocor middle BB, laju juga dia junam. |
|
Boleh nampak pada contoh chart diatas
bagaimana nak trade dengan bollinger band. Peluang untuk masuk di dasar tinggi setinggi peluang utk mengelakkan diri dari sangkut puncak.
Untuk penerangan yang lebih lengkap dan mendalam tentang Indicator Bollinger Band, sy ada publish satu video di youtube. Jemput la tonton ya. Jika berjaya menghabiskan tontonan tanpa skip, Insya Allah pasti boleh faham tentang penggunaan indicator ini dan boleh mula praktikkan. Klik pada video di bawah ni ya:
Untuk pembelajaran dan pemantapan ilmu tentang Teknik Trade Dengan Bollinger Band (Basic to Advanced), boleh juga subscribe video pembelajaran dengan klik pada image di bawah. Anda akan terima dua video pembelajaran. Semoga lebih cerah mata untuk melihat gerakan chart, lebih mudah untuk buat analisis chart dan juga sekaligus dapat menjana profit yang lebih konsisten.
Ulasan
Catat Ulasan