Banyak sungguh lalu lalang iklan di Facebook dan kedengaran iklan di radio yg menggunakan perkataan "Percuma". Mesti rasa terpanggil untuk ketahui lebih lanjut bila baca tajuk tentang "Seminar Labur Saham Percuma, Signal Forex, Oil, Gold dan Fcpo Percuma". On x on?Ok ke ok?boleh ke boleh?Betapa hebatnya ayat marketing yang ada perkataan percuma untuk menarik para prospek. Sentiasa digunakan utk "click bait". Sama la mcm entry blog yg tgh di baca skrg ni 😅 jgn marah ✌ Sekurang-kurangnya membantu menaikkan trafik blog sy 😄 terima kasih diucapkan kerana menyokong blog ni, jangan lupa utk follow ya. Banyak perkongsian-perkongsian dari semasa ke semasa.
Seminar/ kelas labur saham percuma, seminar / kelas pemasaran percuma
Signal forex, oil, gold, fcpo percuma
Kelas saham percuma oleh remiser
Ketahuilah tiada yg percuma. Sentiasa ada hidden cost.
Seminar / kelas saham percuma dan seminar / kelas pemasaran percuma : utk kumpul peserta / prospek, 5 - 10% je kongsikan perihal saham / pemasaran selebihnya brainwash, jual impian, jual angan-angan utk kaya, jual agama dan akhirnya akan jual kelas upsell harga ribu riban
Signal forex, oil, fcpo, gold & etc percuma : dengan syarat buka akaun dulu, nanti dah siap akaun akan masuk dlm group khas, disitu baru ada free signal. Ketahuilah bahawa setiap kali kita letak position buy / sell mereka / dia akan terima komisyen. Jadi lebih banyak signal free, lebih banyak mereka yang menyertai beliau / mereka akan enter position dan setiap kali itu la akan melebatkan income hasil dari komisyen. Contoh kiraan la, kalau sorang 10 enter / open position buy / sell dalam sehari dimana komisyen utk satu position RM3. Jadi jumlah komisyen dah RM30, tu open. Bila closed position dah jadi RM60 komisyen / sehari. Tu baru seorang, kalau 10 org, kalau 100 org, kalau 1000 org. Hahaha..kiralah sendiri, dah kira meh sini isi & sign borang (terkenang member2 masa zaman muda2 dulu kaki MLM.. slalu ajak jumpa, tp semua ayat sama.. ko kira la sendiri brp banyak duit ko boleh dpt kalau kaki ko dah byk, mula dengan 2 or 3 kaki je..sembang lebat, tp sudahnya order air pun bayar sendiri-sendiri.. yg faham, faham la
)
Kelas saham percuma oleh remiser : sama jugak la kisahnya dengan signal td. Kita beli ke, jual ke remiser akan terima komisyen. Lagi banyak kita untung, lebih banyak dia punya komisyen tp bila kita loss pun dia akan terima komisyen.
Begitulah kisahnya.
Tiada yg percuma sebenarnya. Nak kencing pun kena bayar 20 sen, takde 20 sen pegi cari bucu tangga
Video belajar saham percuma, boleh klik link di bawah.
"it costs you your time to watch, to understand & to appreciate"..
Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :
Ulasan
Catat Ulasan