Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. ...

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Bagaimana Untuk Profit Selalu Dalam Trade Saham?

Semua orang yang trade saham pasti akan ada satu matlamat yang sama iaitu untuk profit selalu didalam bersaham sekaligus sedikit sebanyak dapat memberikan tambahan sumber pendapatan. Tapi, biasanya jarang boleh konsisten profit, mesti akan kena sedut balik profit tu dengan kerugian. Kadangkala kerugian tu melebihi keuntungan yang diperolehi seterusnya menjejaskan jumlah modal yang digunakan untuk bersaham. Jadi, persoalan yang sering berlegar-legar di benak fikiran dan di ulu hati para trader adalah "Bagaimana Untuk Profit Selalu Dalam Trade Saham?'. Ya, bagaimana? 

 

Tips Selalu Profit Dalam Trade Saham

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

1. Tidak dapat dinafikan dan dielakkan, utk berjaya dan konsisten profit dalam bersaham, wajib ada ilmu. Tiada jalan pintas atau jalan mudah untuk berjaya. Kena belajar juga teknik trade saham dan juga teknik analasis kajian chart. Tak perlu join kelas mahal-mahal harga sampai RM3 - 4 ribu untuk belajar asas dalam bersaham. Boleh tonton video belajar saham percuma di Youtube channel sy pun banyak input yang boleh dipelajari : https://www.youtube.com/user/fizwan5809/videos

2. Pastikan kaji dan analisis kaunter lengkap dengan trading plan dan hormatilah trading plan itu. Jika tak menjadi dan bocor support, cut loss laju-laju. Tiada teknik harapan untuk berjaya. 

3.Trade kaunter saham yang sedang dlm fasa uptrend sahaja. Sebab kalau kaunter uptrend silap masuk, boleh lagi nak average down. Boleh BACA SINI tentang average down. Jangan masuk di puncak, bagaimana nak tau puncak, paling mudah guna Indicator Bollinger Band. Cuba seboleh-bolehnya masuk di tapak semasa kaunter membuat reversal.  Low risk, high return. Pastikan risk reward ratio sekurang-kurangnya 1:2 atas 1:3. Dimanakah aras tapak atau sambutan?

Boleh baca sini juga untuk trading plan dan aras sambutan : https://www.tekniktrade.com/fahami-tentang-aras-sokongan-aras-rintangan-trading-plan-dan-aras-sambutan/

4. Elakkan kaunter super penny. Apa itu kaunter super penny? Kaunter super penny adalah kaunter yang harganya dibawah 20 sen. Ada sebab kenapa valuenya serendah itu. Biasanya kaunter super penny adalah kaunter gorengan. Tiada asas kukuh untuk Fundamental dan Technical. Kaunter super penny bersifat high risk, high gain. Tapi, ramai trader yang kecundang dan kerugian yang banyak apabila beli kaunter super penny tapi tetap ada ramai peminat sebabkan "high gain" itu sehingga terlupa pada "high risk"

IKLAN. Dapatkan video - video pembelajaran teknik trade yang lengkap dari basic sehingga advanced. Pasti berbaloi untuk dipelajari. Boleh ulang - ulang tonton sehingga betul - betul faham.

5. Jangan jual dan beli saham setiap hari sebab saham adalah game of probability. Sebab tu tajuk entry blog ini Profit Selalu bukan Profit Setiap Hari :-) Bila dah entry, selagi boleh hold, hold je. Asalkan tak bocor aras support. Aras support maksudnya disini adalah aras resistance become support yang kita adjust setiap kali breakout resistance. kenapa tak boleh beli saham hari-hari? ini kerana setiap kali kita beli sesuatu kaunter, kita akan terdedah dengan 2 kebarangkalian iaitu menang (profit) atau kalah (loss). Jadi, kena fikirkan worse case dulu iaitu kebarangkali untuk loss. Memang ada yg suka scalping or intraday. Tapi, adakah berbaloi? adakah dihujungnya kemenangan mengatasi kekalahan? Sy ada tulis tentang FIFO dan Intraday jika minat nak baca. 

6. Fahami cara analisis naked chart (candle + volume) dan juga fahami penggunaan beberapa indicator chart untuk membantu membuat keputusan jualan dan belian juga untuk keyakinan signal belian dan juga jualan. Jangan guna terlalu banyak indicator dalam sesuatu chart. Fahami kumpulan-kumpulan indicator agar tidak menggunakan lebih dari satu indicator dari kumpulan yang sama. Boleh BACA SINI untuk kumpulan indicator.

7. Pastikan kita ada matlamat dan target apabila membeli sesuatu kaunter. Ada orang yg targetnya sampai RM200 atau RM500 je terus jual. Ada org yang targetnya dapat 10% je terus jual. Ada org yang tunggu patah trend atau banyak kali reject resistance baru jual. Yang penting jual dengan profit. 

8. Pastikan bila dah untung, buat pengeluaran (withdrawal) sehingga yang tinggal dalam CDS adalah keuntungan yang digandakan. Jadi, emosi akan lebih terkawal kerana tidak melibatkan duit modal. Ramai yang dah untung banyak tapi tak withdraw, kemudian semua keuntungan tu hilang begitu sahaja kerana bertukar menjadi kerugian. Kita memang tak dapat nak pastikan kesemua kuanter yang kita beli akan menguntungkan. Signal sehebat mana pun, boleh junam sebatang merah atau gap down terus akibat daripada news yang tak bagus. Ramai trader yang tidak pernah buat withdrawal tp selalu topup cds je kan?

9. Cari teknik trade saham yang paling kena dengan gaya dan jiwa kita. Teknik trade dimana success rate lebih tinggi dari kadar kekalahan. Gilap teknik trade ni sekilat yang mungkin. Salah satu teknik yang menarik untuk dipelajari dan mudah untuk profit selalu boleh KLIK SINI untuk baca.

10. Jangan percaya pada kompangan kaunter atau kaunter yang dipetik oleh orang lain.. Kaji dan analisis sedalam-dalamnya sebelum buat keputusan untuk buat belian. Scan sendiri kaunter dan analisis sendiri. Cara nak scan kaunter berpotensi, boleh BACA SINI. Ramai yang beli dulu kaji kemudian. Itu yang asyik loss je. "When it comes to your money, only trust one person : Yourself"

11.  Jangan beli dan hold terlalu banyak kaunter sebab nanti sukar utk monitor. Cukup 2 atau 3 kaunter dalam satu masa. 

IKLAN. Personal Coaching. Klik image di bawah untuk maklumat lanjut.


Ok. Panjang dah. Nanti sy sambung lagi. Atau jika nak berkongsi kisah trade bagaimana boleh selalu profit boleh juga kongsikan di ruangan komen dibawah ya. Boleh juga baca entry yang berkaitan dibawah ni ya:

Berminat Nak Trade Saham Tapi Macammana Nak Mula? 

Pantang Dalam Bersaham 

Kenapa Selalu Kerugian (Loss) Dalam Trade Saham?

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

Catat Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Penerangan dan Kajian Market Depth

Ringgit Semakin Mengukuh Berbanding USD. Apakah Sektor - Sektor Yang Mendapat Kesan Positif?

Hubungan Volume Dengan Pergerakkan Harga (Price Volume Action, PVA)

Teknik Trade Mudah Dengan Candlestick

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Penerangan dan Kajian Market Depth

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia