Parabolic SAR merupakan salah satu daripada indicator chart dibawah kategori "Trend". Jadi, dengan menggunakan indicator ini kita dapat melihat trend turun naik sesuatu kaunter. Akan tetapi biasanya indicator ini tidak boleh digunakan secara bersendirian. Seeloknya boleh tambah indicator RSI dan Bollinger Band untuk digunakan bersama Parabolic SAR. Apa maksud SAR? SAR bermaksud Stop and Reversal. Stop / Berhenti dari turun dan Reverse / Pusing ke atas untuk kembali menaik ataupun berhenti menaik dan pusing ke bawah untuk mula menurun. Cuma SAR ni terbaik untuk digunakan pada kaunter uptrend bukan downtrend ataupun sideway.
Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
Di atas ni adalah contoh parabolic SAR. Boleh nampak di dot merah diatas candle harga menurun dan apabila muncul greendot yang pertama, harga mula menaik. Menarik kan? Cuma yang sy perhatikan, signal jualan apabila dot merah muncul agak delay sebab tu sy biasa gunakan Bollinger Band (BB) bersama Parabolic SAR.
Sy tambahkan indicator Bollinger Band. Boleh nampak lebih meyakinkan bila guna dua-dua indicator ni kan? Jadi bagaimana teknik trade Parabolic SAR?
Merujuk pada contoh diatas, 1st greendot di kiri kita ambil candlenya sebagai reference. High 0.620, low 0.600. Jadi support di 0.600 dan best entry diatas 0.620 dan jadikan sebagai RBS (resistance become support). Cuba hold selagi tak muncul red dot yang pertama ataupun gunakan Bollinger Band atau RSI sebagai sell / exit signal. Begitu juga dengan 1st greendot di sebelah kanan. Low 0.830 dan High 0.960. So, tunggu harga berada diatas 0.960 dan jadikan RBS. Nampak mudah je kan?
Untuk penerangan lebih lanjut dan mendalam termasuk cara nak scan Parabolic SAR menggunakan Tradingview, boleh tonton video kat bawah ni ya:
Untuk tonton video tentang Bollinger Band (BB) dan juga RSI, boleh juga tonton video dibawah:
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/a/AVvXsEiGhI2y05QdAWLoWriXxojQnjrb7MUQAUQCvUStAz0fYUucw_CaYAvZhNs3xxJdvZ0B_2Qw-VbJnZ68ZN1QgrpYrLzf0RNC2yi7Ohr84aYRseLs9RWUCFzcGOx90ghkhw8hWNStmg5h5K3fYPQVpBL1Zl6xOYlk3Zt_8OE2rP0Oxq3ylTvaYOyomiRKZQ=w640-h398)
IKLAN. Video Langganan Teknik Trade Advanced. Teknik yang sangat menarik dan berbaloi untuk dipelajari. Hasil selepas belajar dengan video di bawah ini adalah akan lebih jelas mata untuk melihat halatuju chart dan juga lebih mudah untuk trade serta menjana profit. Klik Image untuk maklumat lanjut.
Ulasan
Catat Ulasan