Sebagai trade saham, amat penting untuk kita tahu cara-cara bagaimana untuk scan kaunter yang berpotensi barulah kemudian kita boleh buat kajian lanjut dan juga analisis lengkap chart kaunter saham hasil daripada result scanner. Sy ada buat video di youtube yang bertajuk "Cara Mudah Untuk Scan dan Screen Kaunter Saham Berpotensi menggunakan Tradingview". Jemput tonton video dengan klik pada image di bawah ya. Mengapa scan guna Tradingview? Ini kerana Tradingview merupakan platform yang percuma dan mempunyai banyak fungsi-fungsi yang menarik.
Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
Selain itu boleh baca dua perkongsian di bawah ini. Klik pada image.
IKLAN

Bila waktu yang sesuai untuk scan dan screen kaunter? Jika daily scan biasanya kita akan scan selepas pasaran saham ditutup kerana candle sudah siap terbentuk. Biasanya scan malam la untuk persediaan trade untuk hari esok. Tapi, semasa pasaran sedang dibuka juga boleh scan kaunter juga. Waktu yang sesuai untuk scan adalah antara pukul 10am - 11am dan juga pukul 3pm - 4pm. Mengapa dua waktu ini sesuai? Ini kerana selepas pkl 10pagi pergerakan kaunter baru akan bertenang untuk menentukan arah tuju seterusnya. Jika diawal pagi, iaitu pada pukul 9.00 - 9.30pg terutamanya, kaunter belum stabil kerana akan ada sesi jualan untuk BTST player dan juga IDSS player. Untuk pkl 3pm-4pm, kaunter sudah pun dalam pengesahan gerakan dan halatuju untuk hari esok. Jadi pada waktu ini sudah ada kestabilan untuk gerakan selanjutnya. Jika berminat untuk swing kaunter, boleh juga scan pada hari jumaat selepas market ditutup hingga malam ahad. Ini kerana, candle weekly sudah siap terbentuk. Jadi, kita boleh analisis dan membuat jangkaan gerakan untuk minggu yang seterusnya. Pada hujung bulan juga iaitu pada hari terakhir trading day bulan tersebut, kita boleh scan kaunter untuk monthly chart. Jadi boleh analisis dan membuat jangkaan untuk gerakan bulan yang seterusnya.
Bagaimana pula nak kaji dan analisis kaunter hasil daripada result scan dan screening daripada Tradingview tadi? Boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal. KLIK SINI untuk maklumat lanjut tentang silibus pembelajaran dan untuk suscribe.
Ulasan
Catat Ulasan