Bila kedengaran desas desus (rumors) Pilihanraya Sarawak akan diadakan dalam masa terdekat maka ramailah trader yang mendengar saranan untuk mengkaji kaunter-kaunter berkaitan Negeri Sarawak. Kata mereka akan ada rally pilihanraya. Benarkah akan ada rally? Adakah sekadar mitos atau ianya realiti.
Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
Ada desas-desus (rumors) pilihanraya Sarawak akan diadakan maklumlah rentas negeri pun sudah dibenarkan. Jadi, bolehlah ramai - ramai pengundi pulang untuk mengundi. Cuma, masih lagi belum ada kata putus kerana kerisauan akan berakhir seperti Pilihanraya Sabah yang lalu. Kes covid19 mendadak naik. Cuma apa yang membezakan adalah kali ini lebih 90% rakyat Malaysia sudahpun di vaksin manakala semasa Pilihanraya Sabah, masih belum ada vaksin. Jadi, kemungkinan itu ada untuk mengadakan Pilihanraya dalam masa terdekat atau selewatnya awal tahun 2022.
IKLAN
Ok, untuk lihat samada ada rally pilihanraya atau tidak, kita perlu melihat rekod yang lalu iaitu semasa Pilihanraya Sarawak ke 10 dan ke 11, masing-masing pada tahun 2011 dan 2016. Jika ada rally, maka pada pilihanraya ke 12 ini, kita sebagai seorang trader dah boleh mula senaraikan dan kaji kaunter-kaunter berkaitan dengan Negeri Sarawak untuk menumpang kasih memperoleh sedikit sebanyak keuntungan dalam bersaham.
|
Pilihanraya Sarawak ke 10 diadakan pada 16 April 2011 |
|
Pilihanraya Sarawak ke 11 diadakan pada 7 May 2016
|
Kajian samada rally pilihan raya itu sekadar mitos atau relaiti, sy gunakan 10 kaunter berkaitan Sarawak untuk menjawab persoalan ini.
|
Sarawak Related Stocks : CMSB, SCIB, KKB, NAIM, DAYANG, TAANN, SCABLE, SWKPLNT, ZECON dan SOP. Ada beberapa lagi, nanti boleh cari ya. Sy hanya gunakan 10 kaunter ini.
|
Jadi benarkah ada rally ataupun sekadar mitos semata? Sebagai seorang trader yang berjaya, kita kena kaji sesuatu fakta itu. Jika benar maka kita akan buat persediaan rapi. Untuk menjawab persoalan ini dan review analisis teknikal untuk hala tuju semasa 10 kaunter berkaitan Sarawak diatas, boleh tonton video dibawah ini ya. Semoga bermanfaat dan jemput kongsikan dengan rakan-rakan trader yang lain.
Ulasan
Catat Ulasan