Kali ini sy tulis tentang reversal candle di puncak (bearish reversal) agar rakan-rakan trader akan lebih berhati-hati jika terjumpa dengan candle-candle ni. Nanti jika ada kelapangan sy akan tulis tentang Reversal Candle di dasar (bullish reversal) pula ya. Jadi kita dapat masuk lebih awal dekat dengan tapak / support kuat. Jika perasan, untuk setiap kenaikkan akan dimulakan dengan candle yang kecil, kemudian sederhana besar dan kemudian semakin besar. Ini adalah kerana, makin kaunter itu naik, makin ramai yang dah beli. Oleh sebab ramai yang dah beli, maka kompangan akan berbunyi deras. Masing-masing menyebut kaunter yang sama untuk menarik minat trader yang lain dan agar tercapai aras target price mereka yang sudah masuk lebih awal. Sebab tu, tanda-tanda kaunter dah nak start junam adalah bila kompangan semakin deras. Dimana-mana sahaja (channel-channel saham di whatsapp, telegram, facebook, twitter) akan terdengar atau terbaca tentang kaunter tu. Maka, akan terjadinya keadaan dimana supply over demand. Masa tu, candle akan semakin kecil dan volume juga akan semakin kecil sebab minat belian dah semakin berkurang kerana terlalu ramai trader yang sedang memiliki lot saham kaunter tersebut. Jadi, bermulalah episod pembuangan. Yang paling untung sape yang masuk di tapak dan yang paling sejuk sape yang masuk di puncak. Begitulah emosi semasa bersaham. Sifat tamak selalu rugi. Ada satu penyakit trader iaitu FOMO (fear of missing out). Padahal kaunter dah naik banyak hari. Niat nak FIFO (fast in fast out) rupanya jadi FITOO (fast in tak out out)..hahaha
Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
Ok, berikut adalah candle-candle yang perlu di beri perhatian jika harga dah naik banyak dan kenaikkan candle terlalu pacak. Sudut kenaikkan 60 darjah hingga 80 darjah. Biasanya dia akan balas dengan chart pattern V-TOP.
IKLAN
Ok kita tengok pula contoh chart setelah munculnya candle seperti diatas:
Dapat nampak kan apa yang terjadi? Semoag bermanfaat dan jemput la share pada rakan-rakan trader yang lain ya.
Untuk belajar tentang Teknik Trade Candlestick dan Candlestick Patterns, boleh subscribe video pembelajaran dan pemantapan ilmu di bawah ini ya:
Ulasan
Catat Ulasan