Sebagai seorang trader, kita perlu mahir didalam membaca chart juga menggaris dan menentukan aras sokongan, rintangan dan sambutan didalam menyediakan trading plan. Trading plan sangat penting sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu kaunter saham. Dengan adanya trading plan, kita dapat tentukan dimanakah aras belian, dimana perlu cut loss dan juga dimana aras untuk membuat jualan. Selain trading plan, kita juga kena tahu tentang Money Management dan Risk Reward Ratio, boleh KLIK SINI utk baca ya. Terdapat pelbagai teknik entry dan exit begitu juga teknik untuk menentukan aras sokongan, rintangan dan sambutan yang boleh dipelajari. Akan tetapi, pilih teknik yang sesuai dan sentiasa buat latihan untuk memahirkan diri.
Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
Sy ada tulis tentang aras sokongan dan rintangan pada candlestik. Boleh KLIK SINI untuk baca ya. Aras sokongan dan rintangan kita boleh dapat dengan melihat kepada taburan candle pada chart. Jika banyak candle menguji sesuatu aras, aras tersebut boleh dijadikan aras sokongan ataupun aras rintangan. Bergantung kepada aras yang diuji. Contoh kajian adalah seperti berikut:
 |
Daripada chart diatas, dapat dilihat terdapat aras-aras harga dimana banyak kali diuji oleh candlestick tetapi gagal dipecahkan (aras rintangan) atau gagal dibocori (aras sokongan). Kita dapat lihat aras sokongan kuat adalah di aras 0.315 dan seperti pada contoh kita beli di candle yang terakhir iaitu sebagai contoh belian pada harga 0.330. Daripada aras-aras yang sudah kita garis, kita dapat sediakan trading plan untuk kaunter diatas. Jadi untuk contoh, Entry Price 0.330. Support 0.315. Cut loss 0.305. Resistance / Target Price : 0.365 / 0.400 / 0.445 / 0.485 / 0.500 / 0.555. Apabila sesuatu aras rintangan dipecahkan, kita boleh jadikan sebagai aras sokongan yang baru atau biasanya dikenali sebagai RBS (resistance become support). Daripada aras rintagan di atas, dapat kita lihat aras 0.485 dan 0.500 adalah dua garisan yang rapat, jadi dapat disimpulkan bahawa aras ini adalah aras rintangan yang kuat. Ok, jom kita lihat apa yang terjadi selepas kita buat belian. |
|
 |
Boleh nampak kan harga akan menguji aras-aras rintangan yang kita sudah gariskan sebelum ini. Pergerakan harga zig zag. Jika dilihat pada chart diatas, aras 0.485 dan 0.500 ternyata aras rintangan yang keras dimana terdapat longgokan candle diaras tersebut dan harga tidak mampu untuk memecahkan aras rintangan kuat tersebut. Kita juga dapat lihat aras rintangan yang baru juga terhasil di aras 0.520. Jelas dan nyatakan dengan contoh ini? Boleh lihat bagaimana terwujudnya aras sambutan, rintangan dan sokongan.
|
|
Jika berminat untuk pelajari tentang Teknik Menggaris Aras Support
dan Resistance (SnR) Yang Tepat dan Ngam - Ngam Sentuh, Reference Candle
(Pengaruh Bull dan Bear ke Atas Gerakan Semasa Chart dan Aras Penentu
Halatuju, boleh dapatkan video pembelajaran dan pemantapan ilmu dengan klik pada image di bawah :
Selain daripada menentukkan aras rintangan, sokongan dan sambutan menggunakan taburan candle seperti contoh diatas, kita juga boleh guna indicator untuk menentukan aras-aras ini. Antara indicator yang biasa digunakan adalah moving average (MA, EMA, WMA), Bolingger Band, Ichimoku Cloud dan sebagainya. Selain itu kita juga boleh gunakan trendline dan channel line untuk menentukan aras-aras sokongan, rintangan dan sambutan.
 |
Contoh diatas kita guna indicator Bollinger Band (BB). Upper BB sebagai aras rintangan dan middle BB (line pink) sebagai aras sambutan (AS) / sokongan (S). Untuk teknik ini, terpakai untuk kaunter uptrend sahaja. Tapi memang seeloknya kita trade kaunter uptrend. Lebih tenang dan selamat. Untuk belajar tentang Bollinger Band, boleh KLIK SINI untuk baca ya. Video juga disertakan untuk pemahaman lebih mendalam.
|
 |
Berikut pulak contoh menggunakan indicator EMA50 sebagai aras sokongan / sambutan. Garisan trendline diatas sebagai aras rintangan. Jika menggunakan garisan EMA, aras sambutan terkuat adalah di garisan EMA50 dan EMA200. Biasanya akan rebounce di sini. Tapi kalau bocor juga, memang sangat lemah dah la. Garisan trendline bukan hanya dibawah, diatas pun boleh :-) Untuk belajar tentang moving average, boleh KLIK SINI ya. Manakala trendline boleh tonton video ni : https://youtu.be/fF7vIYDZK2k
|
 |
Contoh aras rintangan, sokongan dan sambutan dengan menggunakan trendline. |
|
Aras kijun (based line) berwarna biru dan awan indicator Ichimoku Cloud juga boleh dijadikan aras sokongan dan sambutan. Untuk baca tentang indicator Ichimoku Cloud, boleh KLIK SINI ya. Power dan sangat menarik indicator ni.
 |
Contoh aras sambutan, sokongan dan rintangan menggunakan channel line.
|
Teknik penentuan aras sokongan dan rintangan ini tergunapakai juga untuk semua time frame. Artikel mengenai time frame boleh KLIK SINI untuk baca ya. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sedikit sebanyak dapat membantu rakan-rakan trader dalam mencari rezeki di dunia saham. Jemput kongsikan dengan rakan-rakan yang lain jika rasa penulisan ini memberi ilmu dan panduan yang bermanfaat. Terima kasih.
Untuk pembelajaran dan pemantapan ilmu Analisis Teknikal, boleh subscribe video Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :
Ulasan
Catat Ulasan