Dek kerana kekalutan dan ketidakstabilan politik, seorang trader kemurungan, kesedihan, keresahan, kemarahan, kemakian, kecidukan dan kepeningan. Market tengah sedap hijau merimbun, portfolio meranum profit tiba-tiba ada badigol politician keluar statement, dengan lajunya market menjunam dan portfolio yang meranum tadi terus tinggal sikit profit & paling pilu, merah kerugian terus. Memang sesuatu yang tak dapat dielakkan. Teknik trade yang maha hebat, trading plan yang sangat kemas, indicator & signal cun melecun pun tiada gunanya. Dengan news & statement berbaur politik, segalanya musnah. Kecuali, ada set auto stop loss di CDS siap-siap..cuma, seperti biasa, trader selalu mudah lupa dan dibuai perasaan teruja, gembira dan ketamakan dengan keranuman profit..lupa set auto stop loss or mmg tak nak set. Bila dah junam, zikir "Kalaulah" akan kembali mengisi hati sang trader. Biasanya redha je la dan teknik harapan secara automatiknya akan tergunapakai. Siang tadi pun sama juga, elok-elok KLCI tengah hijau merimbun +10 mata, keluar news Tun M dengan Ku Li nak buat sidang media bersama. Umpama kepala air selepas hujan, KLCI membuat terjunan sebanyak - 21.84 mata. Diangkutnya sekali kaunter-kaunter yang sedang menghijau pada sesi pagi untuk ditutup dengan kemerahan berjemaah. Memang pilu. Tu belum bang Non keluar statement "I got numbers", tu satu hal jugak. Turut mengundang kecidukan. Akan tetapi, seperti biasa, trader mudah lupa..nanti bila market dah recover & dah hijau semula, kembali rakus menekan buy selagi cds masih berbaki. Lupa dah kecidukan, kemurungan, keresahan, kemakian sebelum ini. Begitulah kehidupan seorang yang bergelar trader. Demi sesuap nasi dan niat suci menambah pendapatan dan mengembangkan wang simpanan, digagahkan juga mengharungi pahit getir di lautan Bursa Malaysia. I feel u traderian. Hahaha... hanya trader yang memahami trader yang lain, mengerti dan merasai perasaan dan segala yang terbuku dihati.. semoga kita semua menjadi seorang trader yang berjaya, dimurahkan rezeki dan diberkati selalu. Kalau ada apa-apa nak bawa berbincang, boleh la komen dkt bawah ya.
Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
Jemput jugak FOLLOW blog ni tanda sokongan ya. Klik button follow di sidebar kiri. Terima kasih. |
|
|
 |
Image dari perkongsian di group telegram. Betul sgt la tu.
|
Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :
Ulasan
Catat Ulasan