Setiap orang ada sebab dan kisah tersendiri mengapa boleh terjebak dunia pelaburan saham dan juga matlamat dalam berdagang saham. Entry ini sy create tujuan untuk sama-sama bermuhasabah diri sempena tahun baru 2021 yang bakal menjelma tiba. Adakah sepanjang tahun 2020 kita berjaya menjana keuntungan dalam berdagang saham atau sebenarnya tidak mendatangkan apa-apa hasil sebaliknya seorang trader yang kerugian. Hari-hari dah kaji kaunter, dah banyak belajar teknik trade, setiap hari mengadap chart tapi hasilnya tetap menghampakan. Apakah salah dan silap disebalik kejadian. Kepada yang beroleh keuntungan dan berjaya didalam berdagang saham, sy ucapkan tahniah dan doakan semoga dapat konsisten menjana keuntungan. Sesungguhnya jalan dan teknik yang digunakan dah betul. Teruskan menggilap skill dan teknik tu agar dapat menjana lebih banyak keuntungan di hari mendatang. Akan tetapi, sy percaya yang gagal dalam bersaham lebih ramai ataupun boleh katakan terlalu ramai berbanding dengan yang berjaya. Betul kan?
Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
Kisahnya bermula dari hari pertama mengenal saham dan hari pertama tekan buy membeli kaunter saham yang pertama. Apakah kaunter pertama tu? Untung ke rugi? Apakah matlamat masa mula melabur saham? Nak cepat kaya? Nak gandakan duit simpanan? Nak serius dalam dunia saham dan menjadi full time trader? Nak bantu keluarga mencari rezeki lebih? Macam-macam matlamat. Kalau niat nak cepat kaya, mengikut pengalaman sy memang agak sukar sebenarnya. Sebab perlu hadapi dan jalani macam-macam proses sebenarnya. Semua perkara, tiada jalan pintas. Nak tak nak kena hadap semua proses tu. Nak cepat kaya slalunya cepat kayap. Kenapa? Sebab akan selalu buat silap. Emosi tak stabil. Jadi kalau sudi nak bermuhasabah diri bersama-sama boleh la ceritakan kisah bagaimana boleh terjebak dalam bersaham, apakah matlamat dan pencapaian setakat ini dalam bersaham. Kadang-kadang bila kita berkongsi sesama kita apa yang terbuku dihati, boleh memberikan sedikit sebanyak kelegaan.
Sy pun banyak buat silap masa mula bergelar trader. Salah teknik, salah matlamat, terlalu yakin, terlalu takut, terlalu beremosi, terpengaruh dengan persekitaran dan banyak lagi kesilapan. Cuma, proses kehidupan sepanjang bergelumang dalam dunia saham setiap hari memberikan pengajaran dan pengalaman baru. Maka, sedikit demi sedikit, mengambil kembali modal yang kerugian sebelum ini. Kerugian sebelum ni anggap bagi pinjam je dekat bursa. Akhirnya, berjaya mendapatkan semula semua kerugian dan kemudian meningkatkan jumlah modal sedikit demi sedikit dari keuntungan. Setiap bulan mesti kena withdraw keluar at least 30 or 40% dari jumlah terkumpul. Sebab kalau tak keluarkan, tak merasa. Lagipun sy full time trader, memang kena withdraw utk bayar loan rumah dan kereta, juga untuk kehidupan seharian. Impian dan matlamat nak jadikan modal terkumpul 6 angka di tahun 2021 dan seterusnya 7 angkalah, WOW. Membina imaginasi cemerlang. Mulakan dengan mimpi dan angan-angan, akhiri dengan realiti. Tiada yang mustahil kalau jalan dan caranya betul. Semoga berjayalah hendaknya.
IKLAN
Ada mcm-mcm teknik dalam bersaham, Ada mcm-mcm kelas saham lalu lalang di fesbuk dan google. Semua pun ckp dia punya teknik yang bagus, dia punya kelas yang hebat. Tapi, diakhirnya bergantung pada diri kita sendiri untuk memahirkan diri dengan teknik yang dipelajari dan menentukan hala tuju hidup kita dalam dunia saham. Sedih, berat, penat, sakit dan perlu terima dengan hati terbuka, jika kita berasa sangat sukar untuk survive dalam dunia saham, maka sebenarnya dunia saham ini bukan milik kita. Jangan dipaksa kerana kesudahannya akan lebih derita. Berehatlah dahulu. Jika masih mempunyai minat yang mendalam, belajar lagi sampai pandai. Rajin-rajin diri untuk paper trade. Mulakan semula dengan modal rendah. Paling banyak RM3000, jangan lebih. Kalau mampu gandakan RM3000 jadi RM4000, kemudian jadi RM5000, kemudian jadi RM6000. Maka, teknik tu dah betul. Barulah boleh kembali serius dalam bersaham. Kalau tetap juga kerugian, walaupun pedih perlu terima kenyataan. Panjang pulak menulis. Ayuh kongsikan pengalaman rakan-rakan trader pula ya. Sama-sama kita bermuhasabah dan memperbetulkan kesilapan. Selamat menyambut tahun baru 2021. Semoga ada sinar bahagia yang bakal menanti di tahun baru.
Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :
Doakan sy dpt tingkatkan modal 5 angka tahun 2021, cikgu. Halalkan ilmu cikgu2 TCT.
BalasPadamInsyaAllah...mudah-mudahan tercapai hasrat, niat dan matlamat tu...aminn, ya, sentiasa dihalalkan
PadamNiat pertama bersaham adalah hendak membuat pelaburan sendiri dan memperoleh profit yg lebih baik berbanding dgn ASB/TH dan etc. Lagi satu nak tambah % org Bumiputera dalam bersaham. Masih minoriti dan jika berjaya, niat nak bantu org lain supaya sama2 berjaya mcm kita. Amin
BalasPadam1st trade ikut kawan, kawan tekan kita tekan kesannya dia sauk dr tapak kaki, kita sauk dah hujung. bermula lah episod mencari guru2 trade, kenal TCT dalam group telegram, Insya Allah azam 2021 ni nak buat profit selepas banyak kali rugi dan untung sikit2..... Guru2 di TCT mmg TERBAIK. Terima kasih CIKGU.....
BalasPadamAzam 2021 adalah tak mau sangkut dan boleh kembangkan modal at least satu kali ganda haha. By 2021 closing at least capital growth by 2x insyaAllah. Pastu leh consider berenti keje n masuk all in haha
BalasPadamNiat awal memang nak cari rezeki sampingan utk keluarga.modal pun tahap marhaen saja..bukan tahap "fleet" atau "armada".doakan kami berjaya dptkan profit yg konsisten dan kembangkan modal kami ye cikgu2 TCT..thanké
BalasPadamTerima kasih cikgu2 TCT yg bnyk mengajar erti bersaham pada mulanya. Bermula dgn agak goyah waktu pkp bulan 3. Berkat hadir kelas TCT dr BB dan EMA hingga advance kelas, Alhamdulillah berjaya mengubah pemikiran bersaham skit demi sedikit. Setelah sekian lama kena brainwash oleh cikgu2 TCT, baru lah jumpa teknik yg sesuai utk berdagang. Sebelum ni masuk pelbagai group lain seperti Hxxx, Vxx, Mxxxx dan yg terbaru Oxx..tp baru sedar hnya teknik TCT sesuai dgn jiwa ini. Akhir sekali, Semoga tahun 2021 yg mendatang akan menghadirkan sinar utk kita semua. Keep up the good work cikgu2 TCT..
BalasPadam