Jemput Lawat Website Teknik Trade

Website Baru TeknikTrade.com

Memperkenalkan website terbaru sy iaitu tekniktrade.com . Berhijrah ke laman web yang lebih bersih dan berinformasi. Blog ni macam terlalu berserabut pulak dan susah nak manage susun aturnya. Jadi, sy create website baru dan beberapa entry dari blog ini akan di bawa bersama ke website tekniktrade.com . Jemput la lawat ya. Website akan sentiasa dikemaskini dengan perkongsian ilmu dan news yang berkaitan serta akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.  Untuk blog content, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu News (update terkini berita berkaitan dengan kaunter dan dunia saham), Stocks Pick & Analysis (dikumpulkan disini stocks pick oleh broker house sepanjang minggu dan juga analisis kaunter) dan Education (penulisan tentang teknik trade dan pembelajaran). Di website ini juga, para trader boleh subscribe video-video pembelajaran pelbagai topik teknik trade. Boleh ulang-ulang tonton hingga faham. Semoga bermanfaat. KLIK SINI untuk semua topik pembelajran dan pemantapan ilmu yang ada. ...

Accreditation

Accreditation

Jemput la follow tanda sokongan. Terima kasih.

Bolehkah Kalau Nak Trade Saham Tapi Dalam Masa Sama Bekerja?

Soalan ni memang sangat popular. Minat dan niat dihati nak trade saham, tapi dalam masa sama tengah bekerja. Boleh ke? Jawapannya, semestinya boleh? Kenapa pulak tak boleh? Cuma kena swing kaunter la. Apa itu swing? Nanti sy terangkan. Satu lagi kena ada CDS yang boleh set auto stop loss. Boleh buka cds UOB dengan sy jugak. Kalau minat nak buka CDS UOB, boleh KLIK SINI untuk maklumat pendaftaran. Mula-mula kena faham, berdagang saham ni bukanya skim cepat kaya ataupun hari-hari kena mengadap. Yang penting entry tu betul. Tekan buy pada tempat yang betul, dekat dengan tapak jauh dengan bumbung. Satu lagi, jangan beli super penny atau super duper penny. Cari kaunter atas 40 sen, ok la. Ataupun cari kaunter atas RM1 lebih laju kenaikkan dia nanti. 

Jemput LIKE Facebook Page saya ya :
 

Berapa modal kalau nak bersaham? Seeloknya kalau boleh minimum RM3000. Tapi kalau nak mula dengan RM1500 pun ok, cuma untungnya tak banyak sangat la. Kena dengan modal yang dilaburkan. Perlu diingatkan bahawasanya niat utk berdagang saham tu kena betul. Niat nak tambah pendapatan dan juga nak kembangkan modal yang ada dalam bentuk profit. Bukan nak cepat kaya. Ramai yang silap niat. Bersaham terus nak cepat kaya. Tu yang ramai kerugiaan banyak dalam bersaham. 

Kalau yang bekerja, sy rekomen kaji chart weekly. Cari kaunter yang baru cross up EMA50 dan jadikan support. Pastikan kaunter tu EMA200nya dekat atas sebab kita punya target EMA200. Macam Presbhd ni, support (EMA50) di 0.425, boleh beli pada harga 0.430 - 0.440 sebab dekat dengan support, jadi risiko rendah dan aras swing target (EMA200) di 0.745. Sekarang dah sampai pun. Jadi, kalau nak jual patut dah jual dekat area 0.730 - 0.745. Kalau nak simpan, set terus stop loss di 0.585 iaitu aras pertengahan antara EMA50 dengan EMA200. Senang kita (0.425 + 0.745) / 2 = 0.585. Tapi macam jauh pulak. So, tengok chart daily. 

Ok ini chart daily. Ngam sampai 0.745 kena reject. So, mcm sy tulis tadi. Kalau nak secure profit boleh jual di area 0.730 - 0.745. Tapi kalau nak hold, 0.585 jauh sgt. Kurang dah profit. Jadi, kita cari daily punya strong support. So, pada chart Presbhd ni, strong support adalah di 0.650. Jadi set terus auto stop loss di 0.645. Bocor je terus matched secure profit. Cari kaunter lain. So, memang tak perlu mengadap sangat kan? Yang penting kena ada trading plan dan juga auto stop loss CDS. Cuma kalau tak bocor 0.650, hold je la. Target kalau test 0.745 sekali lagi dan pecah, aras target harga adalah di 0.985. Memang lumayan dan penuh ketenangan. Kerja pun happy sambil jeling-jeling tgk portfolio di CDS.
 

Xde pulak screenshot bila Presbhd touch 0.745, tapi, masa 0.735 dah lebih 50% ROI. Cuma skrg dah turun, kurang dari 50% ROI tapi sy masih hold selagi tak patah trendline. Bagi yang bekerja or kalau sy tak boleh nak monitor, boleh juga set auto stop loss di 0.645 (contohnya, bergantung pada trading plan masing-masing). At least keluar dengan profit kalau dia junam. Entry pun dah lambat, 0.475 tapi masih ok. Yang penting trading plan kena ada dan kena hormati trading plan yang kita dah sediakan. Modal RM4750 je, bawah RM5000. Tenang-tenang je tengok portfolio. Baru sebulan swing dah 50% ROI. ASB tunggu setahun 5-7% je faedah. Boleh pulak tunggu. Ini la maksud swing, selagi tak bocor support simpan.

Untuk Presbhd ini, sy rasa sy akan swing lama. Jadi, akan hold selagi tak bocor trendline biru. Cut hanya bila patah trend. Nanti bila jual sy akan update entry blog ni. Kalau ada apa-apa nak bawa berbincang, boleh la komen dkt bawah ya.
Jemput jugak FOLLOW blog ni tanda sokongan ya. Klik button follow di sidebar kiri. Terima kasih.

Iklan, Jika berminat untuk pelajari Pakej Lengkap Belajar Analisis Teknikal, boleh klik pada image di bawah :


Ulasan

  1. ilmu mahal ni tuan. terima kasih tuan, 2021 saya baru jumpa blog ini. teruskan update ye tuan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Entry Yang Menarik Perhatian Ramai

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia

Teknik Trade Mudah Dengan Candlestick

Ringgit Semakin Mengukuh Berbanding USD. Apakah Sektor - Sektor Yang Mendapat Kesan Positif?

Teknik Trade Dengan Indicator Custom Bollinger Band (BB)

Penerangan dan Kajian Market Depth

Paling Banyak Dibaca

Penggunaan Time Frame Dalam Berdagang Saham

Kelebihan Akaun CDS UOB dan Cara Nak Buka Akaun

Mudahnya Trade Dengan Fibonacci Retracement

Teknik Setup Garisan Support dan Resistance SnR Yang Power dan Ngam-Ngam Sentuh

Penerangan dan Kajian Market Depth

Kaunter Saham Berkaitan Emas / Gold di Bursa Malaysia